Kisah tak seram

Hello .

Sebenarnye , aku tunggu orang buat something kat pesbuk aku . Rasa mcm pokok gaharu je bila duduk depan laptop dan hanya pandang skrin tanpa buat apa-apa selama 15 minit . Maka aku rasa , better aku membebel kat sini . teng teng teng tennngggg . Kau agak-agak aku nak cerite pasal ape ? Haaaaaaaaaaaaa .
Aku nak cite kisah seram . Actually tak seram sangat .
Kisah 1
Mase tu aku kecik lagi , takde la kecik sangat sebab masa tu aku bersekolah rendah . Aku suka baca buku sebelom tidur. Sekarang pun aku suka baca buku sebelum tidur , tapi ‘mukabuku’ . Aku pon dengan rasa bangga sebab dapat habiskan satu buku penyiasatan Siri Hadi nak tutup lampu , time tu pakai katil dua tingkat . Suis lampu tu kat pintu , so aku kene la turun katil and pegi ke sana . Bila aku berpaling ke tempat suis tu , Mak aih .. bukan main cantik setaniblis tu dok pose maut .
Dia tengok aku , aku tengok dia . Dia gemok , muka tak elok la op kos , ade ekor , botak . Nak kata khayalan , aku baru lepas baca buku penyiasatan bukan buku jenis-jenis syaitan . Ade la dalam beberapa saat kami bertentang mata , aku tros baring selimut badan berpura-pura tidur. Tapi tak boleh tido . Punye seram tengok makhluk mcm tu , satu malam aku tidur sambil berpeluh ! Dem yu !
Kisah 2
Masa ni aku kat rumah mak long aku , rumah tu di Mukim 1 . Kau tau apa maksud mukim 1? Kau pegi google ke tanya orang yg berpengalaman lah . Masa petang-petang , aku main dengan saudara mara aku .. dah maghrib tu kami dapat seruan masok dalam rumah . Tapi aku paling last la , masih terkinja-kinja berlari . Entah macamana aku terasa nak tengok jalan masuk ke rumah tu . Yezzaaa !! Gua nampak pocong . Cantik dia berdiri tegak depan jalan masuk tu , selari dengan kedudukan aku . WoW ! Tergamam mulut aku , mujur dia berdiri tegak .. kalau dia tiba-tiba bergerak ke arah aku . Tak macam aku nak berpura-pura jadi landak ke pasu bunga pulak kan ? Tak sampai seminit kot , benda tu hilang . Aku pon tros diam membisu satu malam . Padan muka aku .
Pada waktu malam pula , kami sekeluarga nak balik ke rumah kami . Dalam kereta , aku duduk belakang . Depan rumah maklong aku tu orang tanam sawit dan bersemak-semak sket . Time kereta nak belok keluar ke jalan besar dari umah tu .. aku nampak satu lembaga warna hitam . Tapi mata dia merah . Dia ada kat belakang pokok . Tapi sampai sekarang sumpah aku ingat pandang dan renungan mata dia , gila maut . Dia tengok aku , aku tengok dia .. sanggup aku pusing kepala mcm burung hantu , nak tengok benda tu lagi . Tapi aku yang kalah sebab hati aku dah berdebar-debar . Tros duduk diam sambil peluk teddy bear .
Kisah 3
Siapa yang duduk satu taman dengan aku , kat depan jalan aku tu ade sebuah pokok besar . Dan telah di lilit2 kain pelbagai warna oleh pelbagai jenis bangsa dan agama kerana di percayai boleh mengikat something yg ada kat pokok tu . Aku macam tak berapa nak kisah sebab petang-petang mak aku sebok kutip pucuk ubi liar yg ada kat area pokok tu . Gerek ah mak gua ! Macam-macam kisah dah aku dengar , tapi aku belom nampak so kepercayaan tu kurang la .
Tapi bab cerita orang nampak perempuan berbaju putih keluar dari dalam rumah aku menuju ke rumah depan aku kemudian ghaib tu memang buat gua goyang la sebab semua ingat itu adalah aku . HAHA. Apakejadahnye aku nak kua umah maghrib buta lepastu ghaib kat umah depan ? Choi sangat lah tu . Pendek cerite , masa aku darjah enam .. aku tuisen kat jalan tenggiling hujung sebelah kubo cine tu . Hari-hari nak pegi tusen seram noxx , seblah kubo cine kau ! Lepas balik tusen , kitorang semua dengan baik hati nak hantar sorang kawan balik rumah die yang kat jalan ___________ . wei aku lupa . On the way balik rumah aku , kene la lalu depan pokok tu … yeahhhhhhhhhhhhh !!
Kengkawan aku yg tige orang tu borak rancak , aku saje je nak pandang kat pokok tu .. makin tinggi aku pandang , mata aku stop sekejap . Aku nampak kain warna lusuh kusam terawang-awang , tapi degil .. aku cuba tengok dari hujung kain…. sampai ke tengah kain … wahh memang terawang-awang kain tu , macamana dia buat ? hebat !! Aku cuma sanggup tengok sampai ke tengah kain je , selebihnye aku tros jalan laju-laju .. dah sampai depan umah aku yang aku rasa 200 meter je dari pokok tu . Aku rentap je gate rumah . Lari masuk bilik , tido sambil berpeluh . Nice . Aku cuma seram kalau aku pandang habis , dia senyum kat aku lepastu mengilai-ngilai tu yang aku tak nak !!
Sebab masa aku mengikuti sebuah kem , masa tunggu nak buat ‘burung hantu’ aktiviti waktu malam , suasana senyap damai .. sebab masing-masing takot nak di bawak masuk hutan . Boleh pulak aku dengar perempuan gelak .. mengada-ngada . hihik hihik hihik . Aku tengok kawan aku , kawan aku tengok aku .. tros aku tekup mulut kawan aku yg ade potensi untuk celupar .  Orang kata , kalau kita dengar dia mengilai kaw-kaw maknanya dia jauh , and kalau kita dengar dia gelak mcmtu .. dia berada dekat dengan kita . Uhhh .
Kisah 4
Masa tu aku tengah chatting . Ni zaman kegemilangan MIRC tahun 2000 HAHAHA . Pukol 3 pagi pon aku tak tido lagi even emak aku dah warning , limit pukol 1 pagi je men chat . Tapi degil , padan lah muka aku . Kehadiran entiti , kita boleh kesan pelbagai cara .. dan kali ini aku tak bertemu dengan dia atau mungkin aku belum sempat untuk bertemu . Aku dah rasa angin yang sejuk tak sejuk , panas tak panas . Yang pasti aku tak bukak kipas , ekon pon aku tak bukak . Tapi ghairah nak chatting kat #berusjamban , aku teruskan jua . Makin lama aku rasa makin dekat angin tu , dia mcm puting beliung yang berlegar-legar tapi tak deras .. sepoi sepoi bahasa . Aku dah agak ade something kat belakang aku or tepi aku tapi DEGIL teruskan chat ! Sampai satu part , bulu roma aku tetibe berdiri time aku tengah rancak menaip dan gelak-gelak . Apakejadah tengah gelak bulu roma berdiri tegak , lepastu tu .. pehhh sedap gila angin tu menyapa aku … bila aku rasa mcm kehadiran tersebut btol2 belakang aku , tros aku Off plug , langgar meja kerusi semua .. and again , tidur dalam keadaan berpeluh . again .
Kisah 5
Aku sampai sekolah agama pagi dalam pukul 6 lebih la gitu . Awal gila kan ? Biasa yang awal ungku yuhanis , tapi haritu entah cemana aku terawal . So aku lepak dalam kelas , makan nasi goreng emak aku bawakkan , pastu aku pandang ah tingkap Ohh ade makhluk berwarna putih berjalan menuju ke pintu depan kelas , aku pon dengan semangat tunggu la maybe anis dah sampai . Tanak lama plak aku tunggu , tak muncul-muncul . Siot la ! Abes tu , apa benda yang aku tengok elok je berjalan berbaju sekolah . Biadap la main-main plak dengan aku !! Sejak tu , aku tak duduk dalam kelas dah kalau aku yang pertama sampai , rela lepak kantin . waklu la !
Kisah 6
Handphone aku hilang kat rumah mak long aku . Lokasi ni memang superb siot . Cari merata-rata siot . takpayah cerita la aku sampai nak nanges cari henpon 3315 aku , dah la baru tuko casing , baru tuko lampu putih . Kire dah obohol habis da tu . But dem yu sekali perasaannye sampai aku give up pada waktu petang . Call tak dapat . Pada waktu malam , ade anak sedara aku jumpe henpon aku bawah meja di hall siap ada misscall . Yaaaa dia nak main-main pulakkkkkkkkkkkk !!!

.

alahhhh , aku dah hilang mood nak taip lagi . tadi ada orang call tros mood tu hilang , cerita yg lain-lain biarlah aku simpan sendiri takde mood dah nak taip HAHAA . esok lusa mood seram tu datang balik nanti aku sambung . Tak janji .

All in all , sejak peristiwa-peristiwa tu aku sanggup berdoa hari-hari aku tanak nampak dah . Walaupun bapak aku cakap aku insan bertuah sebab nampak , tapi aku taknak nampak , taknak rasa . Taknak .

Kau nak ? Pegi lah jumpa . Tak payah jumpa , kau rasa je pon dah boleh buat demam . HAHA .

*sorry kalau ada typo aku malas nak betulkan semula

Sale Windows 7 Ultimate
Sale Windows 7 Ultimate
Buy Windows 7 Ultimate
Discount
Order Adobe Creative Suite 6 Master Collection
Buy Adobe Creative Suite 6 Master Collection
Cheap Adobe Creative Suite 6 Master Collection
Buy Microsoft Office 2010 Professional Plus
Buy Microsoft Office 2010 Professional Plus
Discount Microsoft Office 2010 Professional Plus