KL KE HATYAI, KRABI , PHUKET

Dari KL ke thailand ada banyak cara pengangkutan yang boleh kita guna. Semua cara tersebut aku dah cuba dan ia agak menyeronokkan plus memenatkan TETAPI berbaloi.

  1. KERETAPI DARI KL
    Dulu, ada keretapi senandung langkawi, pilih katil , gerak pukul 9 sampai hatyai pukul 12 lebihkurang. KL sentral terus ke stesyen padang besar. Semua turun untuk cop passport dan tunggu kepala keretapi dari hatyai datang. So fun! Tapi sekarang, yang ada cuma keretapi yang laju sikit dan pada aku mahal, juga berhenti di padang besar. bezanya kena beli tiket lain utk ke hatyai atau boleh keluar stesyen naik bas.
  2. BAS DARI KL
    KL ke hatyai ade banya jenis bas. Ko pilih nak seat lebor, nak wifi laju, nak siap ade charger. Kalau tak silap dari pagi sampai last 11 or 12 malam ada tapi kalau naik bas aku suka naik malam. Nanti sampai border just nice before border buka, so kita la orang pertama beratur and mind you border thai sekarang ambil nombor beb. ( nanti kita kupas lebih lanjut, now nak cerita tentang transport dulu)Dari border ade la dalam sejam atau kurang untuk sampai bandar hatyai dan biasa dia akan lalu stesyen bas hatyai sebelum dia stop dan drop korang kat agensi syarikat bas yg korang naik tu. So, di sini ada beberapa pilihan :A) NAIK BAS DARI HATYAI KE KRABI/PHUKET


    Kalau nak jimat BANYAK, turun di stesyen bas hatyai. Kalau korang confuse kat mana tempat ni takpe, turun je di agensi bas tu lepastu naik tuk tuk or songtheaw 60 bath/50 bath/20 bath ikut tahap korang kene ketuk. HAHA.

    Di stesen bas ni banyak kaunter tiket . Tiket bas ke krabi dalam 162 baht tu jenis bas ting ting rajin berhenti ambil dan turunkan penumpang (macam dalam pic), siap dia angkat moto letak atas bas u ols, akak terkesima!!. tempoh perjalanan dalam 4-6 jam. So aku naik yang ni, boleh duduk bersepah takde number. 

    Boleh juga naik bas ekspress, bas ekspress diorang pon ade banyak jenis. yang besor, yang kecik ( jenis size xxl mmg  seat tu tak muat wey gila punya kecik ) ade 18-20 orang je kot , ada yang jenis 2 tingkat , yang paling selesa ialah yang paling mahal harganya. ikut budget anda lah. pada aku ekspress biasa pon okay je dalam 350 baht sehala hatyai-phuket. perjalanan dalam 8 jam.

    Sampai stesen bas krabi naik tuk tuk 50 baht ke krabi town/ 60 baht ke ao nang. 

    Sampai terminal 2 phuket naik bas open air warna pink. 30 baht. Stop kat phuket old town/ ranong road ( mcm roundabout ) turun situ, naik bas open air lagi satu ke mana mana beach. Di sini, ada semua jenis bas ke setiap beach – patong/rawai/karon/kamala dan lain-lain. Make sure naik bas yang betul : 60 baht . Kalau ke patong, perjalanan agak berbukit bukau aku kagum dengan bas tersebut larat seh naik bukit curam. before naik bukit curam tu bas akan berhenti utk kutip duit tambang sebab lepas bukit itu dah sampai patong.

    B) NAIK VAN KE KRABI/PHUKET
    Kalau nak cepat boleh naik van, harga mahal sikit tapi cepat NAMUN, sapa jenis tinggi memang menderita, ianya agak sempit. tapi driver bawak macam f1 memang sakit badan ko di banting2 kejap break kejap cilok kiri kanan. harga naik van dari 250 – 550 baht  ke krabi tengok tahap ko kene ketuk. Sekali je aku ke krabi naik van, dan sekali ke bangkok cukuplah no more haha.

    Biasanya kalau naik minivan harga dia ikut kedudukan hotel ko dan dia hantar sampai depan pintu hotel. Itu kelebihan dia disebalik dalaman van yg sempit.

    C) NAIK KERETAPI KE KABI/PHUKET
    Nak naik keretapi dari hatyai sila turun di phattalung lepastu sambunglah naik bas/van ke krabi or phuket. yang ni pandai2 kau cari info sendiri sebab aku tak pernah try cuma pernah study sikit sikit je and mcm leceh so cancel.

  3. FLIGHT DARI KL 
    Ada banyak airline ko pilih je ikut budget dan turun di airport krabi/phuket naik bas airport dengan kadar 100 ke krabi/phuket town dan 150 ke ao nang/patong beach . Kalau dari krabi town atau ao nang boleh naik tuktuk je p airport sebab diorang ni takde masa tertentu ( sentiasa ada, kalau dia lalu ko tahan jer ) harga sama macam bas.Bus airport pon akan hantar sampai ke hotel.
  4. KENDERAAN SENDIRI DARI RUMAH MASING MASING
    Yang ni aku saran gerak la dalam 1 pagi untuk sampai ke border pada pukul 6 pagi. border buka 6 pagi. Insuran ada banyak yang buka 24 jam, tak ada masalah. Nanti aku bagi link bawah ni lepas entry untuk cara masuk ke thailand menaiki kenderaan sendiri siap okay. Cuma mind you, minyak diorang mahal sangat . *crying

DARI KRABI KE PHUKET ATAU PHUKET KE KRABI

Tiket minivan/bas ada banyak di jual di agensi agensi pelancongan sekitar town/ao nang mahupun hotel anda sendiri. Ikut budget. Tapi macam aku, setakat 2 jam perjalanan baik aku p stesen bas beli tiket bas bas biasa. 120 baht je. turun di terminal 2, phuket. 2 jam perjalanan sahaja.



Nampak tak bas tu punya perjalanan sampai roundabout atas tu? itulah tempatnya old town/jalan ranong. 

Sampai terminal 2 phuket naik bas open air warna pink. 30 baht. Stop kat phuket old town/ ranong road ( mcm roundabout ) turun situ, naik bas open air lagi satu ke mana mana beach. Di sini, ada semua jenis bas ke setiap beach – patong/rawai/karon/kamala dan lain-lain. Make sure naik bas yang betul : 60 baht . Kalau ke patong, perjalanan agak berbukit bukau aku kagum dengan bas tersebut larat seh naik bukit curam. before naik bukit curam tu bas akan berhenti utk kutip duit tambang sebab lepas bukit itu dah sampai patong.


nama-nama tempat yang bas ni akan berhenti turun/ambil penumpang.


kawasan old town phuket


gambar dari dalam bas open air ke patong beach. bas biru tu ke beach lain. Ini permandangan old town, dia macam chow kit jer. belakang bas biru tu lah roundabout yang korang akan turun dari bas dari terminal 2 untuk naik bas macam ni ke beach.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA!! NANTI AKU UPDATE LAIN AKU LETAK LINK 🙂

+ gambar lain ada dalam enpon yang anak aku tuang susu lalu padam. so sad. tapi aku cuba la carik pic lain untuk rujukan korang okay!?.