My Pregnancy Story

Bismillah…

Hikhok. Pada Bulan Ogos 2012 aku rasa macam takde perasaan langsung nak mengandung sebab dan try lama tapi takde rezeki so macam ‘ ahh malas ah. tahun depan je lah baking baby‘. Haaa malas malas malas pun lekat. HAHAHA k fine tak kelako.

So, oleh kerana dah malas nak fikir pasal baby so terus buat plan untuk business segala and pergi buat lawatan persahabatan perniagaan ke 3 negara. Namun, angan-angan tak selalunya indah.. kami ketinggalan kapal terbang. Bleh gitu? Sebenarnya tak tertinggal pun, aku rasa staff kat kaunter tu lembab. Lembab tahap tak boleh dibendung bekos dia sebok nak fikir dan tengok masalah tapi takde daya usaha nak selesaikan masalah. Kalau aku di tempat dia, aku rasa dah settle dah. Apa masalah ko ade sistem on line ko sync je laaaaaaaaaaa. Aku memang stress. Stress aa tiket flight ko hengat tige puluh hengettt? pulak tu dari negara A -> negara B -> negara C .

Semua bersangkut paut, kalo aku tak naik flight ke negara A camno aku nak ke negara B? Beli tiket baru ? Mahal 3 kali ganda siot! taknak aku! Sudahlah terpaksa burn duit hotel utk 3 malam di negara A. tak ke bengang ko kan? Nasib baik aku cerdik, aku telah mendapat idea untuk pergi by land. Bayangkan la kami naik bas , naik van , naik apa benda segala yang ada selama 3 hari 3 malam tak tidur. 3 hari 3 malam tu dalam kenderaan. tido pon tido tido ayam . Eh, sekali je tido kat stesen bas. Dengan masalah komunikasinye, gila amazing race sbb memang ade adegan berjalan berkilometer, berlari lari dan makan entahapa2 macam fear factor plak.

Masalah skang dah tebabas ni. Kunta kunte btol. Nak cite pasal mengandung ke pasal ko melancong haaaaaaaaaaaaa? k , berbalik pada cerita buntingku . hiks.

Selama aku amazing race and fear factor tu aku telah mengandung tanpa pengetahuanku. Ko bayanglah kat negara C aku telah demam dan telah makan panadol, ubat demam , ubat selseme yang pelbagai , air kelapa , nenas , air tebu . Wah hebat tak?

Balik malaysia pun tak perasan apa-apa tapi disebabkan apehal aku tak period lagi ni so saje check urin sendiri buat geli geli padahal 3 bulan lepas hari2 cek wakakaka sampai beli sekali banyak ko macam nak meniaga kekdahnye.

Lol. 2 lines. adakah mengandung?

Pergi check klinik swasta wow memang mengandungi bayi lah. EDD : 6 JUN 2013.

Lepas confirm preggy terus gedik sangat badan ni mula nak start mual la apa dah la aku inventory dept. haruslah nak kene g warehouse lah kejo kejo stock la apa. pulak tu bos aku dah warning, jangan mengandung dan kalau mengandung jangan mc atau kami akan gantikan awak dengan orang lain. Okay fineeeee, gua terus resign. HAHA.

Syoknye mengandung dan goyang kaki di rumah. Bisnes pon gua stop kejap. weeehooooooooooooooooooooo!!

Trimester 1

Tak suka pedas. Tak boleh makan pedas langsung walopon sos cili (?). Orang kuat pedas tak bleh pedas ianya sungguh mengecewakan. Muntah-muntah sampai aku tido dalam jamban berbantalkan mangkuk jamban. Nyamannn~~~~ . Perut sebu, angin tahap teruk. Malas. Ngantok sepanjang masa. Takde selera makan. Cuba menjadikan anak sebagai anak lelaki.

Trimester 2

Masih masalah angin. Masih tak boleh pedas. Mual loya berkurangan. Sensitip. Ngantuk setiap saat. Badan semakin berat. Sama besar dengan lembu. Perut beso gilo. Anak kuat tido. manjang ko tido, ajak borak pon tak respon. cis. Kuat makan.

Trimester 3

Macam-macam masalah. berat badan naik sampai 80kg. Doktor risau kencing manis tapi kencing masih tawar seperti biasa. Makan nasi lemak tanpa sambal rasa loser gila. Masalah angin makin melampau, sendawa kuat gila takyah bayangla kalo kentut. HA HA HA HAA. Kaki bengkak yang teruk, doktor tak bagi jalan banyak sangat nanti jadi penyakit. Baiklah. Jalan sikit dah penat, pergi tesco beli barang balik terus tido tebongkang sampai esok. penat sangat macam balik nyawit.

Sehingga 6 Jun, tak rasa apa.. tiada tanda.. dan doktor buat keputusan untuk induce.

………….. bersambung cerita beranakku pula di entry lain 🙂