KRABI/AO NANG : AKTIVITI DI KRABI & WHAT TO DO IN KRABI/AO NANG

Ramai ingat krabi adalah pulau. Why? Entah. Krabi bukan pulau, dan krabi ni biasa sahaja. Yang membuatkan krabi ni menarik ialah kedudukan dia berdekatan dengan pulau pulau yang sangat cantik. So nak island hoping lebih murah di krabi daripada di phuket. Ingat ni!

Kebiasaannya, orang yang pertama kali ke krabi akan menetap di krabi town sebab ingatkan krabi town tu adalah krabi ATAU ada sesetengah orang yang jenis nak pergi krabi tetapi dia maksudkan ao nang.

KRABI TOWN
Krabi town adalah bandar biasa yang tak terlalu sibuk. Kawasan tumpuan untuk matminah saleh stay sebab diorang suka ke Koh Lanta dan menjadikan krabi town sebagai transit plus hostel/guesthouse/hotel lebih murah di town berbanding di ao nang. Banyak bar dan tak silap aku pernah terjumpa satu bar ni bau ganja satu kedai.

Krabi town ada weekend night market setiap jumaat,sabtu dan ahad bermula dari pukul 5 petang – 10 malam

Ada lagi satu, night market tepi sungai nama Chao Fah Night Market. Boleh je jalan kaki dari weekend night market ke chao fah ni, aku selalu beli makanan kat weekend night market lepastu bawak p night market yang ni pastu makan sini sebab kat chao fah ni semuanya gerai makanan berderet. Tapi diorang ni tak fasih melayu siam sangat, aku pelik jugak kat ao nang besepah jumpa muslim cakap melayu siam pelat2 tapi kat sini sepatah haram dia tak paham ko cakap ape.

Chao Fah Night Market , di buka setiap hari 5 petang – 12.30 pagi. waze je Chao Fah Pier,  Kongka Road, Krabi Town.

AO NANG
Manakala ao nang ni macam ayahanda cenang,langkawi. Pantai ao nang ni tak lah cantik pun, biasa sahaja. siang siang ramai matminah saleh berjemur je tapi view sunset dia cantik Ya rabb tak tipu. memang cantik.

kalau nak mandi aku selalu pergi nopparat thara beach. Beach lagi cantik, view cantik dan kalau korang nak pergi island hopping kebanyakkan company akan bertolak dari pantai ini. tak jauh dari ao nang dan nak ke pantai ni boleh jalan kaki dari persisir pantai berdepan dengan holiday inn ao nang. atau naik lah tuk tuk dalam 30 baht je sehala. Banyak juga gerai gerai makanan 

Ni lah yang aku cakap jalan melalui pesisir pantai, nampak tak kat tengah laut tu ade macam bukit hijau banyak pokok? kita boleh pergi ke bahagian tu kalau air surut. ambil gambar memang cantik. Pantai pantai ao nang ni ombak dia manja manja sahaja.

Ao nang ni ade night market setiap rabu kalau tak silap berdekatan 7 eleven berdekatan dengan stadium boxing dia. Kalau pasar local setiap isnin ada berdekatan ao nang, aku pernah pergi sekali itu pun sebab tengah jakun naik motor lepastu tetibe hujan, singgah berteduh. banyak makanan local yang sedap sedap untuk kita cuba. Asal seller bertudung aku belasah je, janji jangan was was. HAHA. Nanti aku cuba cari pic dan location tempat ni okay.

Oh! Sebelum aku terlupa, aku ni setiap hujung tahun akan ke krabi-phuket. Tahukah anda setiap tahun tempat tempat ini berubah? termasuk street food ini

Sesiapa yang pernah ke ao nang sebelum ni mesti tau kedudukan halal food stall ni kan? Di selekoh berdepan dengan ao nang timber/ simpang nak ke anantaburin or deevana ke apa segala hotel mewah dalam tu.. tapi sekarang dah takde. Ade construction. Aku frust betul awal nov p sana aritu takde dah stall.

Kebetulan aku p merambu ke nopharatara beach tu ternampak stall yang sama kat sebelah holiday inn!! Ya allah happynya!! Sebab stall ni MURAH dan SEDAP!! 

Masa jumpa stall stall ni dah nak tutup. too bad, dah la esoknya nak balik. Memang tak sempatlah makan sini, kitorang dah makan kat area masjid tu.. Betul betul sebelah holiday inn kalau dari ao nang beach, kalau dari nopharatara beach tu akan jumpa stall ni dulu before holiday inn yang gah dan meriah sangat tu. HAHA .

Selain di sini, makanan halal banyak je sekitar ao nang ni, bersepah kedai arab, kedai india, kalau nak makan makanan siam ko pegi je area masjid tu bersepah. Kalau p obesi ni, di mana ada masjid cnfirm di situ ada makanan halal. tu je formulanya.

Dan aku nak share kedai fav aku kat kerabi town, memang sedap

Kedai ni betul betul sebelah wet market or fruit market krabi town tak jauh dari tapak weekend night market. Memang sedap ayam n itik dia ya allah lembut sedap tak tau nak katalah!

Island Hopping

Setakat ni aku suka pergi island hopping dengan company barracudas tour dan tour kat reception forest homestay sebelah aonang timber house.

  1.  James bond island dan phi phi island . masa ni tahun 2012 harga dalam rm 100-150.
    Pakej ni best sebab aku ambil speed boat so selain pergi ke beberapa spot yang menarik, aku suka masa dia bagi masa 2 jam kot kat phi phi island untuk makan dan sight seeing. Makan dia bagi, buffet gitu. puas hati aku
  2. Hong island rm 100 all in 
    Menarik jugak, ade snorkeling kat taman laut.
  3. 4 island rm 120 all in 
    komen seperti di atas. best la. haha

Ada sesetengah tour yang tak kira sekali harga taman laut. so ko kene bayar on the spot atas bot. Sebabtu dia boleh bagi harga pakej murah. Ada juga murah tapi takde sediakan air free dan snek free atas boat. Semua pakej yang aku join memang aku ambil yang siap air and snek. Ye la dah berenang ingat tak lapar ke walaupon diorang bagi lunch. Paling cikai diorang sediakan mineral water, ambil la ko seberapa banyak botol ko nak minum, ade setengah company dia siap bagi mineral, coke, pepsi dan lain2 dan juga potongan buah buahan. Indah beb makan buah atas bot.

Nak murah pergi low season but low season bermaksud musim monson, musim hujan. Hujan dia kaw kaw beb cukup sekali aku pergi bulan ogos, hujan sepanjang hari macam ribut taufan HAHA ganas beb hujan dia. Low season start may till october. november harga dah start mahal tapi masih ada saki baki hujan, bermakna ko masih akan jumpa hujan. Disember dah confirm mahal, tu memang peak sampai Mac . Tapi cuaca memang terrrbaiklah. sunny all day long. puas hati.

Low season hotel rm 150 ko boleh dapat 50 je tapi mendapat lah ko menjeruk dalam bilik jer, kalau pengantin baru takpe kot haha. Memang berpayung ke mana mana. 

Ape lagi? Nanti aku ingat aku taip lagi. nak tidokan anak jap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *