DARI INCHEON AIRPORT KE SEOUL

Flight 1 am, jumaat 

Sampai incheon dalam 8.15 am rasanya. Dalam flight tros salin thermal wear tanpa jacket,  keluar je pintu pesawat tu ols, angin dia terus menusuk tulang. Apsal sejuk sangat? 

Dengan rasa jakun, keluar epot untuk menghirup udara lantas lari masuk balik. Acik dia, aku siap pakai winter jacket, gloves anak aku pakai tshirt dengan seluor tido je. Bia betik ko?

Dari incheon nak ke merata tempat di seoul ada beberapa pilihan:

1) bus limosin <- rm 40 kot 
2) all stop train RM 12 <- 
3) Arex ( train direct seoul station takdo stop ) RM 80 <- kalau tak silap

So, korang check or tanya hotel/hostel/GH korang samada bus limo tu ade drop or pickup point kat area situ or tak. Jika ada, ya senang sekali dong ah.. naik aja bus limo itu! Jika tidak, naik ler arex kalo ko banyak duit dan kalau jenis poket sendu sila naik all stop train.

Sejam jugak lah naik all stop train tu sempat membuta sekejap laki akak tu dik. Ingatkan orang dok warning tangga kat subway korea tinggi aku ajet2 alah biasa lah macam tangga kita jer rupanyaaaa. 

kalau kau turun tangga 2 tingkat lepastu naik tangga 3 tingkat lepastu turun tangga setingkat semata mata nak masuk subway je bayangkan sehari kalau 3 4 kali kelua masuk subway tu belum nak tukar line lagi weh.

So, kalau ko jenis bawak bagasi or beg banyak lupakan je lah! kitorang bawak stroller dan 3 beg memang jenuh oi belecak ketiak walaupon suhu sejuk. Mujur bawa stroller ade jugak reason nak naik lif. Di korea, hanya oku + warga emas + orang mengandung dan mak bawak anak SAHAJA boleh pakai stroller.

 Salah satu lif yang ada di subway. Ramai orang tua di seoul pakai kerusi roda bergerak macam pakcik tu pakai. ade yg lumpuh separuh badan pon boleh pegi kedai naik kerusi roda tu. gigih nauu.

Ingat ni, bawak beg banyak baik ko naik bas.

AKAK HILANG 3 KG DIK SEMINGGU KAT SANA. sebab tangga subway punya pasal kahkah! Pergi pakai jeans ketat balik malaysia jeans longgar dik. Serious tak tipu!

**
entry tak siap picture akan di upload seketika nanti. stay tune! wah gituuuu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *