salam sejahtera kepada semua pembaca kesayangan AE .
![]()
Wah , adakah anda terharu dengan Intro begitu ?
Baiklah , kita masuk pada topik sebenar . First of all , aku nak ucapkan Selamat Hari Kebangsaan pada korang semua , Selamat Nuzul Quran , Selamat pertengahan Ramadhan dan Selamat habiskan duit untuk beli persiapan raya .
From 16 to 28 August 2010 , wah nak speaking plak . Okay stop. Sejak tarikh tersebut , aku takde pegi memane , aku cume menyepikan diri . Silent treatment (konon) . Actually , banyak benda yg dah terjadi .. cuma , apa yang telah terjadi tak perlulah aku sebutkan satu-satu and tak perlulah untuk aku beritahu kamu semua. Aku hanya menjual separuh kehidupan peribadi di dalam blog dan selebihnya biarlah aku sendiri yang simpan , dan untuk kali ini aku cuma pilih untuk menjual 15% sahaja .
And… aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga , terima kasih yang hanya tuhan je mampu balas kepada semua kawan-kawan yang menasihati , yang berada di sisi aku selama mana aku jatuh .
. Betul , aku sangat jatuh , jatuh yang tersungkur , tersadung , terjelepuk . Sampai rasa tetibe mcm langit runtuh atas kepala .
. Malu aku pada kawan-kawan , malu pada semua orang yg terlibat . Mesti korang pun tak sangka aku akan down begitu sekali kan ? HAHAHAHHAAHA .
Setiap saat bell pujuk , setiap masa bell akan cakap ” sayang, jangan nanges ea ” . ” sayang, nak aku bawa ke……….. ?” . Waaahahahahha !! Takpelah , aku tak kuat lah bell . Beri aku masa untuk kumpul kekuatan okay bell . Walaupun niat aku pegi jumpe engkau adalah untuk mengembalikan engkau kepada kawan-kawan kita, mengembalikan engkau pada dunia sebenar , dunia sebelom engkau tersimpang jauh dari kami semua tapi … aku pulak yang tersadung sebelom sempat sampai ke engkau .
Cuma , selepas aku rasa kesihatan aku sudah sangat pulih . Aku dah boleh bergurau dan gelak seperti puaka hutan , dah boleh makan macam hantu raya . Aku anggap , fizikal mental emosi rohani jasmani sudah sembuh dan pulih seperti sediakala
. Itupun , sejak 26 Ogos .. so baru lagi . Baru 3 , 4 hari aku kembali menjadi manusia . Itupon di umpan pegi minum starbucks kat genting . Alah lepak 2 jam jek , pastu turun balek. Tapi okaylah , walopon muke sembab , mata pon tak macam mana manusia , raut wajah lagi la dah macam apa . Sungguh menjengkelkan . Tak suke aku tengok muke sendiri .
SMS , CALL tak perlu aku nak cakapLah . Ramai tanya . Serious , aku terharu tengok sangat ramai orang yang risau , tanye mana aku pergi , kenapa lama tak online , apa dah jadi , kenapa , mengapa , apakah , bagaimana .
TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT .
Tapi aku minta maaf sebab aku tak angkat call , tak reply sms . Itupon bell yang tolong baca
. Dan harini , aku kembali untuk kalian . Rindu anot tak ? Hehehehehhe !! Aku cuba jadi manusia demi kalian semua okay ? kadang-kadang kita kena ketepikan sakit sendiri demi orang-orang tersayang ( korang la ) .
I promise . aku akan senyum untuk kalian . mwah mwah !!! Rinduunyeee kat korang !
apepun , thanks mengecewakan . tanpa kekecewaan ini aku takkan dapat hikmah yang sebegini indah . Positif yaww !



Kami hanya mampu mendOakn kesejahteraan saudari.